KRITERIA USAHAWAN:
Terbuka kepada Koperasi dan Perusahaan Micro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Negeri Sabah;
Peserta mempunyai permis perniagaan di Sabah;
Syarikat berdaftar dengan SSM/ Koperasi/ Pejabat Daerah/ Pihak Berkuasa Tempatan/ mempunyai surat sokongan di bawah agensi pembimbing;
Usahawan yang belum, sedang atau merancang memohon pensijilal HALAL MALAYSIA;
Setuju tanda tangan Surat AKujanji Program bagi memberi komitmen terhadap proses bimbingan pematuhan pensijilan HALAL MALAYSIA.
Halal Academy
Kursus ini direka untuk membantu usahawan dan individu yang ingin memperkukuh kemahiran dalam pengurusan perniagaan serta pembangunan francais. Melalui sesi interaktif, peserta akan didedahkan kepada strategi praktikal dalam membina asas perniagaan yang kukuh, memperluas rangkaian, dan mengurus pertumbuhan secara mampan.
Program ini juga memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran keusahawanan, penetapan hala tuju perniagaan, serta kefahaman terhadap aspek pembiayaan dan pengurusan francais. Dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman, peserta akan memperoleh panduan sebenar yang boleh terus diaplikasikan dalam perniagaan mereka.
Program ini di rangka untuk memberi kesedaran tentang pematuhan peraturan baru berkaitan dengan pencukaian syarikat dan bagaimana melaksanakan sistem e-invois dengan lancar, melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan sistem e-invois dalam organisasi masing-masing.